17.3.09

ledakan cinta


kenapa kelmarin kau cukup membawa suatu nikmat bahagia...
namun hari ini..terasa akan renjatan..
yang cukup meledakkan sengsara jiwa...
bukan kerana terkesima atau berlaku pertelingkahan..
namun segalanya bila kau menyepi..

dari satu titik kepulangan mu hingga titik kamar mata mu..
lalu terbina rasa sesak cinta..
yang kian dalam membina satu buruan tanpa tuan..
lantas terbawa rasa kesedihan..

ku setia menunggu bicara mu..
biar secebis bukan ku pinta selembar puitis..
sekadar mengindahkan nilai pendengaran dan susuk hati..
yang semakin sepi, kadang kala tiada arah haluannya...

ku buka lembaran tinta..kau masih ada..
serta berbicara tentang kekosongan diri mu...
dan kekecewaan yang lintas segerak maju..
pada diri mu sendiri...

dan aku mula melihat gerak seri mu..
yang mungkin akan terbang jauh...
atau hanya terkandas dalam hati..
setelah apa yang berlepas pergi..
mungkin terjumpa di sana..
akan apa yang selama ini meruntun hati..
jiwa dan sanubari..

biarpun aku hadir...
namun masih belum menggambarkan sirna bahagia itu..
semoga apabila terbang..kau akan terlihat..
ruang kekosongan yang tinggal...



No comments:

Post a Comment