12.3.09

perhatian! tempat larangan Merokok


Tempat-tempat dilarang Merokok
di bawah sub peraturan 11(1)
Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

tujuan utama Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 diwujudkan adalah untuk melindungi kesihatan awam dari bahaya asap rokok. Subperaturan 11(1) menyenaraikan beberapa tempat dimana merokok adalah dilarang:

  1. di mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin
  2. di dalam mana-mana kompleks membeli belah
  3. di mana-mana premis kerajaan
  4. di mana-mana kawasan dalam suatu kefe internet
  5. di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
  6. di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  7. di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan dan institusi pendidikan tinggi seperti sekolah, kolej atau universiti
  8. di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
  9. di dalam mana-mana lif atau tandas awam
  10. di dalam mana-mana hospital atau klinik
  11. di mana-mana kawasan di dalam suatu stesen minyak
  12. di dalam mana-mana lapangan terbang
  13. di mana-mana kawasan di dalam taman asuhan kanak-kanak
  14. di dalam mana-mana bas sekolah
  15. di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka untuk orang awam
  16. di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti eprhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  17. di mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  18. mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
  19. di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah peraturan 22.

sekiranya di sabitkan kesalahan
anda boleh didenda sehingga
rm10,000 atau penjara 2 tahun..

ha...so hobatla sape yang degil sangat merokok kat tempat yang dinyatakan ini..
salam...

No comments:

Post a Comment